Sunday, April 18, 2010

Appearance In Bukit Jambul Complex For Konsert Jelajah 2 Zaman NR

Hi,
Jzelynn bersua lagi untuk berkongsi bersama semua lebih lagi mengenai Konsert Jelajah 2 Zaman NR ini. Artis-artis yang turut serta bersama dalam konsert ini ialah Ella, Faizal Tahir, Jzelynn sendiri, Along dan juga Zila AF.

Selain memberi tiket percuma apabila anda membeli edisi terhad barangan NR, NR juga memberi peluang kepada peminat-peminat Ella dan juga Faizal Tahir untuk berkongsi satu pentas bersama dengan idola masing-masing pada malam konsert itu tersendiri.
Dengan kreatif dan bijaknya, NR mengeluarkan idea seperti mengadakan pertandingan menyanyi lagu-lagu Ella ataupun Faizal Tahir. Pemenang dari kategori Ella dan Faizal Tahir akan berkongsi pentas bersama dengan Ella dan Faizal Tahir sendiri, sempena pembukaan konsert di lokasi-lokasi seperti Autocity, Juru Penang,Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur.







Gambar-gambar diatas merupakan antara lokasi yang pertama di mana pertandingan menyanyi lagu-lagu Ella dan Faizal tahir diadakan di bahagian utara.

Daripada Jzelynn dengan senyuman

No comments: