Thursday, April 23, 2009

Luahan Hati Jzelynn

Wahai kawan kawan sekalian,

Untuk pertama kalinya Jzelynn menulis blog sepenuhnya dalam Bahasa Malayu dan ini juga pertama kalinya Jzelynn ingin meluahkan rasa geram dan inginkan pendapat kawan-kawan*senyum* Sebelum Jzelynn memulakan sekmen luahan hati ini *haha* Jzelynn ingin berkongsi bersama semua fesyen baru rambut Jzelynn:D. Jzelynn ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Baptain untuk fesyen rambut 'cool' ini dan Joanne dari Baptain.

Ok, apa pendapat anda pada kes anak-anak yang tidak pernah membantu orang tuanya tetapi berani berhasrat untuk mengongkong wang simpanan oang tuanya dengan niat menunggu peninggalan harta daripada orang tuanya?

Bagi Jzelynn, Jzelynn teramat geram dengan perangai sebegitu dan sebab rasa teramat geram inilah Jzelynn meluahkan dalam blog Jzelynn. Begini, ada seorang nenek yang mempunyai 5 orang anak kesemuanya, 3 anak perempuan and 2 orang anak lelaki. Anak lelaki sulung memang tak pernah datang jenguk ibunya walaupun pada hari kebesaran seperti Hari Raya namun 20 tahun yang lalu ibunya pernah memintanya untuk tolong menyimpan sebahagian daripada duit simpanan bagi pihaknya sebab ibunya tidak tahu mambaca ataupun menulis, permulaannya setiap tahun anak ini ada memberi ibunya dividen dari duit simpanan yang dikirim ibunya untuk 2 tahun, tetapi selepas itu, dividen dan duit lenyap begitu sahaja dan muka pun tak pernah nampak walaupun dia bergaji tinggi.

Anak perempuan adalah anak yang ke-2 dalam ke-5 anak-anak nenek ini, anak perempuan ini ada juga menjaga ibunya dari masa ke semasa terutamanya apabila suaminya pulang bekerja dari luar negara. Suaminya ini amat menyayangi mak mertuanya cuma kadang-kala anak perempuan yang ke-2 ini pun sibuk dengan keluarganya sendiri. Anak perempuan yang ke-2 ini perlu juga menjaga keluarganya di samping menjaga ibunya.

Anak ke-3 nenek ini juga anak perempuan, pernah berkahwin dan bercerai. Melalui hidup yang amat sedih walaupun berkas suami bolehlah dikatakan kaya, ahli perniaga. Jadi anak ke-3 ini telah menjaga ibunya selama ini dengan membelikan rumah berdekatan dengannya dan segala bil-bil bulanan dan wang poket juga dari anak ke-3 ini.

Cerita bermula, setelah lebih dari 20 tahun anak-3 ini menjaga ibunya walaupun setelah bercerai dan berkahwin semula ke luar negara, dia tetap membeli rumah yang berdekatan dengan saudara-maranya supaya saudara-maranya boleh menolong menjaga ibunya yang sudah tua.

Baru-baru ini, kawasan rumahnya didapati ada anai-anai dan anak ke-3 ini mengambil keputusan untuk menjual rumah tersebut dan menbawa ibunya ke luar negara bersamanya selapas berbincang dengan ibunya memandangkan tiada sesiapa yang dapat membantu menjaga ibunya selain dari anak bongsunya yang lelaki, agak selalu jugalah berulang-alik membeli makan dan lain-lain.

Yang paling memeranjatkan Jzelynn disini ialah, anak perempuan iaitu anak yang ke-4 yang tidak pernah manbantu, setahun tak tahulah datang jenguk ada melebihi 3 kali memjerit-jerit, mengejek kakaknya kononnya kakaknya sudah hampir bankrap sebab itu berhasrat untuk menjual rumah dan tidak puas hati dengan kakaknya. Beberapa soalan ada di fikiran Jzelynn bila hal ini berlaku;

1) Siapakah dia untuk berasa tidak puas hati apabila tidak pernah dia membantu dari segi makan, minum, duit doktor bila ibunya sakit mahupun bil-bil bulanan?

2) Untuk apa rasa tidak puas hati sedangkan rumah itu bukan kepunyaannya mahupun dirinya tidak pernah mengeluarkan sesen apabila kakaknya membeli rumah tersebutuntuk ibunya?

3) Mengapa menjerit bila dirinya sendiri tidak pernah menjaga ibunya selama ini.

4) Tidakkah dia berasa malu sedangkan dia tidak pernah menjaga, memberi wang dan tidak pernah membuat apa-apa untuk ibunya? Ada mulut mengumpat orang tapi tiada cermin untuk melihat tindakan sendiri selama ini. Ini sungguh memalukan

Jzelynn akan bersambung cerita ini paa blog seterusnya:) Eeeeee....geram, geram!!

No comments: