Friday, June 20, 2008

J'Zelynn 'Sepanjang Hayatku'





J'Zelynn


'Sepanjang Hayatku'


J'Zelynn atau nama penuh Janice'Zelynn akan mempertaruhkan album EP yang pertama 'Sepanjang Hayatku'. Album ini dijangka akan berada di pasaran pada bulan Julai iaitu bulan hadapan kalau semuanya berjalan lancar seperti yang di jadualkan. J'zelynn telah lama menyepi dan hanya memunculkan diri di show-show koporat.

Sebelum ini, J'zelynn ingatkan yang J'zelynn tidak akan ada peluang untuk menceburi di industri muzik tanahair lagi, ini kerana sebelum ini J'zelynn di maklumkan yang peminat-peminat tidak akan dapat menerima J'zelynn kerana J'zelynn berbangsa Cina tetapi tidak fasih berbahasa Mandarin atau Kantonese sebaliknya fasih berbahasa Melayu kerana J'zelynn dari Sekolah Melayu and bergaul dengan ramai kawan Melayu.

Selepas hampir 10 tahun menyepikan diri dan hanya menyembunyikan impian untuk menceburi di persada seni industri muzik, J'zelynn bertemu dengan 'team' J'zelynn dan kawan-kawan yang tidak pernah berputus-asa menyokong J'zelynn supaya mencuba. "Selagi kita tidak cuba, selagi itu kita tidak akan tahu keputusannya. Sama ada orang-orang Malaysia dan yang lain akan menerima atau tidak biarlan orang ramai yang menentukan, asalkan J'zelynn cuba," itulah kata kata dan nasihat dari kawan-kawan dan team J'zelynn yang J'zelynn tidak akan melupakan jasa mereka.

Bertungkus-lumus mereka 'design' laman web untuk J'zelynn - Terima Kasih Johnson and KK from Icono Studio, David Thien and Frankie - Thank you for such a wonderful photos, APT, Penang - Kelly, thanks a lot dear from making me look like a real princess (Bukan main make-up, nail art dan rambut *wink* rasa macam puteri pulak, Steve from Cloverleaf Communications - thanks for all the effort, Calavin Lim - thanks for spending time to shoot such a beautiful MTV for me (Kalau nak tengok MTV J'zelynn, tunggu ya... bak orang kata sabar separuh dari iman *senyum*) Richard Rivalli - thanks for all the nice designer wear which you designed especially for me, my producer Chun Wei and as well as Ddie composer cum song writter cum sound engineer cum producer and not forgotten my tissue supplier as well, tanpa tisu yang di supply oleh Ddie ni, tak tahulah macam mana Jzelynn akan melalui detik-detik selsema Jzelynn ketika hari terakhir MTV shooting:D jangan main-main Ddie ni serba boleh, Multi-talented!!. My composers who composed me lovely song.. my Ko Ko (kononnya brother la *ketawa* Ddie, Lyle Emmerson Simmons (my brother from States who composed me all my english songs) and Geoffrey Tan. Amran Omar, thank you for all your advices and help. You are really a gem:) and all my beloved friends out there. Not forgotten - Julius:D, thank you for lending me your SuperBike 1000CC... Fuyoh.... lajunya dia pecut!!

Selain itu, orang yang paling penting yang sentiasa tidak pernah kenal penat menyokong J'zelynn walaupun ketika J'zelynn hampir berputus-asa untuk terus memperjuangkan impian J'zelynn. Mummy tersayang yang kini berada di Amerika Syarikat, Thank you mum for all your support. I love you so so much, thank you for everything. Mummy J'zelynn sekarang dengar kata sedang melekatkan sequines di topi J'zelynn, nanti bila J'zelynn dapat... J'zelynn tunjuk ya*senyum* seberapa banyak wang di dunia ini tak akan dapat membeli kasih sayang yang dicurahkan ke atas topi yang di lekat sendiri from mummy, hehe.

Not forgetting my dad, Jimmie.. thank you for your support all this while and never ending love for me. I'm such a lucky girl and always your baby girl:D. My dearest handsome and cute young brother, my one and the only sibling that i have, J'zelynn panggil adik J'zelynn Baby Boy walaupun dah 22 tahun yang kini menetap and bekerja di Amerika juga. Muacks... Love you all... Hugs *ketawa* So, tinggallah J'zelynn seorang-orang di Malaysia ini. Nasib baik ada kalian yang menyokong.

Love all of you so much. J'zelynn akan selalu update blog J'Zelynn di sini dan personal blog J'zelynn juga akan datang so jangan lupa senang-senangkanlah diri untuk selalu malawat laman web rasmi J'zelynn di http://www.jzelynn.com/ atau ada juga akan dapat segala updates J'zelynn di http://www.myspace.com/jzelynn atau http://www.amp.channelv.com/jzelynn.